kertas putih kesihatan

Apakah cabaran yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara?

 

  • ​​Beban Penyakit Berganda
  • Peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit, penyakit berjangkit, kemunculan semula penyakit lama dan kemunculan penyakit baru seperti COVID-19 membebankan lagi sistem penyampaian kesihatan negara.

 

  • Masalah Kesihatan Mental
  • Peningkatan masalah kesihatan mental menjadi salah satu penyumbang kepada beban penyakit tidak berjangkit dan hilang upaya di Malaysia. 
  • Ia bukan hanya menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu malah turut memberi impak kepada ekonomi negara.

 

  • Peningkatan Jumlah Warga Emas di Malaysia
  • Masyarakat Malaysia kini dalam fasa masyarakat menua
  • Menjelang 2030, jumlah penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas akan meningkat daripada 11.1% kepada 15%.  
  • Ini akan memberi impak kepada sistem kesihatan negara kerana data global menunjukkan kos penjagaan kesihatan warga emas adalah 2-3 kali ganda lebih tinggi berbanding kos penjagaan golongan yang lebih muda.

 

  • Kurang Penekanan kepada Faktor Penentu Sosial untuk Kesihatan (Social Determinants of Health)
  • Kesihatan adalah tanggungjawab pelbagai pihak termasuk rakyat dan bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan semata.
  • 80% daripada penentu kesihatan kita dipengaruhi oleh faktor - faktor di luar sektor kesihatan seperti perumahan, pendidikan, status pekerjaan, pendapatan, akses kepada makanan berkhasiat dan aktiviti fizikal.

  • Kekangan Pembiayaan Kesihatan
  • Peningkatan drastik terhadap permintaan perkhidmatan kesihatan serta kenaikan kos perubatan telah mengugat kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan.
  • Jumlah perbelanjaan kesihatan awam negara yang rendah berbanding keperluan rakyat.
  • Ramai rakyat terbeban apabila terpaksa membelanjakan duit yang banyak untuk mendapatkan rawatan di sektor swasta.

  • Kekangan Sumber Manusia, Fasiliti Kesihatan dan Peralatan Perubatan
  • Situasi ketidakseimbangan sumber di antara sektor awam dan swasta juga disumbangkan oleh beban pesakit yang jauh lebih tinggi di sektor awam berbanding sektor swasta.
  • 64% daripada beban pesakit luar adalah dirawat di sektor awam berbanding hanya 36% di sektor swasta.
  • Situasi ini menyebabkan kesesakan di fasiliti kesihatan awam dan masa menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan.
  • Kekurangan kakitangan, kesesakan akibat beban pesakit tinggi, kekurangan dana dan peralatan yang tidak mencukupi yang perlu diganti serta fasiliti yang daif turut menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan terutamanya di sektor awam.

  • Perubahan Iklim dan Kemerosotan Kesihatan Planet
  • Masalah perubahan iklim dan kesihatan planet seperti tanah runtuh, jerebu, pencemaran udara dan air serta banjir semakin teruk.
  • Isu kesihatan planet ini membawa kepada kemerosotan kualiti hidup manusia dan memberi kesan kepada kesihatan kerana menambah beban penyakit dan kos.
 

  •