16 Januari 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bako. Satu sesi taklimat telah diberikan oleh Dr. Mohd Nur Yusuf, Pegawai perubatan dan Primer Bahagian Kuching.
YB Lukanisman telah melawat sekitar Klinik Kesihatan Bako serta menyantuni semua warga kerja KKM dismaping beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di klinik kesihatan tersebut.
Klinik Bako mula beroperasi pada tahun 1965 dan kemudiannya ditukar ke Klinik Desa Bako pada Tahun 1997. Pada tahun 2001, Klinik Kesihatan Bako mula dibina dan beroperasi sehingga sekarang dengan purata harian kedatangan pesakit seramai 76 orang pada tahun 2022. Sehingga kini, Klinik Kesihatan Bako mempunyai seramai 23 kakitangan.
Turut hadir YB Dr. Haji Hazlan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, YBrs. Dr. Rosemawati Binti Ariffin, Timbalan Pengarah JKN Sarawak (Kesihatan Awam) dan En. Paul Sazin Anak Riget, Timbalan Pengarah JKN Sarawak (Pengurusan).
Kemaskini pada 2023-01-17 14:46:27 daripada