A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Mesyuarat YB Timbalan Menteri Kesihatan Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

7 Februari 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua-Ketua Jabatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertempat di bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan perkhidmatan Kesihatan di Sabah selain mendengar masalah-masalah serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh warga perkhidmatan Kesihatan di negeri tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mempunyai sebanyak 24 hospital, 114 Klinik Kesihatan, 22 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, 42 Klinik Pergigian, 165 Klinik Desa, 26 Klinik Komuniti dan sebanyak 41 Klinik Bergerak.

YB Lukanisman turut merakamkan penghargaan di atas jasa dan pengorbanan seluruh warga kesihatan di Negeri Sabah yang setia berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Dr. Rose Nani binti Mudin, Pengarah JKN Sabah, YBrs. Dr. Asits bin Sanna, Timbalan Pengarah JKNS (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Abd Kahar bin Abd Asis, Timbalan Pengarah JKNS (Perubatan), YBrs. Dr. Zaiton binti Haji Tahir, Timbalan Pengarah JKNS (Pergigian), YBrs. Dr. Jeyaletchumi A/P S Ponniah, Timbalan Pengarah JKNS (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs. Dr. Liau Siow Yen, Timbalan Pengarah JKNS (Perkhidmatan Farmasi).

image image

Kemaskini pada 2023-02-13 12:02:54 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page