16 Februari 2023 - YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat / Pemangkuan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Datuk Harjeet Singh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima dan mengingatkan agar terus mempertingkatkan prestasi kerja serta melaksanakan yang terbaik demi kementerian kesihatan amnya dan kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Dato’ Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).
Kemaskini pada 2023-02-22 11:59:10 daripada