25 Februari 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Segamat, Johor. Penyerahan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pembinaan bangunan tambahan adalah bertujuan menambahbaik dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Segamat yang menerima peningkatan bilangan pesakit dari tahun ke tahun dan dijadualkan akan beroperasi secara berfasa mulai 5 Mac 2023.
Bangunan tambahan ini melibatkan pertambahan 67 katil pesakit meliputi Jabatan Kecemasan dan Trauma yang mengandungi 37 katil, Dewan Bedah 4 katil, Intensive Care Unit (ICU) 18 katil, High Dependency Unit (HDU) 8 katil, Central Sterile Supply Department (CSSD) dan Respiratory and Haemodynamics Unit (RHU).
Disamping itu, KKM bukan sahaja menyediakan Bangunan Tambahan Hospital Segamat, malah turut menyediakan 422 lot tempat letak kereta tambahan untuk mengatasi isu kesesakan.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM,YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor.
Kemaskini pada 2023-02-28 14:01:39 daripada