A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KUARTERS INTEGRASI KLINIK KESIHATAN SOEHARTO, KUALA KUBU BARU, SELANGOR

23 Februari 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima satu lagi projek fasiliti kesihatan iaitu Projek Kuarters Integrasi Klinik Kesihatan Soeharto, Selangor.

Projek Kuarters Integrasi Klinik Kesihatan Soeharto ini adalah untuk menggantikan kuarters lama yang hanya mempunyai satu (1) unit rumah sahaja yang juga terletak di tapak yang sama. Kuarters lama tersebut telah mula digunakan pada tahun 1980 dan perlu diganti berikutan ia telah usang dan juga terdapat keperluan bilangan kuarters yang perlu ditambah di kawasan tersebut.

Kuarters baharu ini mempunyai 16 unit rumah, ia diharap akan dapat meningkatkan kemudahan tempat tinggal yang lebih lengkap, selesa dan kondusif kepada kakitangan KKM yang bertugas di Klinik Kesihatan Soeharto dan kawasan sekitar.

Dengan adanya projek ini, sedikit sebanyak ia akan dapat membantu kakitangan yang memerlukan kediaman, petugas 'on call' dan seterusnya ia akan menjadi pemangkin kepada mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar mampu untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat serta mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Majlis penyerahan ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Rashidi bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan mewakili KKM bagi menandatangani dokumen penyerahan rasmi. Turut hadir pada majlis ini ialah Ts. Ahmad Faris bin Mohd Ghazali, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor dan Dr. Mohammed Azahar Bin Mohammed Nawi, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-03-01 18:06:30 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page