MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

FORUM MENGINTAI SEMANGAT SRIKANDI” SEMPENA SEMINAR KESEDARAN KANSER SERVIKS “SAYONARA KANSER SERVIKS: KE ARAH SASARAN ELIMINASI 2030”.

22 Februari 2023 - Satu forum bertajuk “Forum Mengintai Semangat Srikandi” diadakan sempena Seminar Kesedaran Kanser Serviks “Sayonara Kanser Serviks: Ke Arah Sasaran Eliminasi 2030”. Program tersebut diadakan bertempat di Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Forum ini merupakan satu inisiatif Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan wanita mengenai saringan awal kanser serviks, di samping menangkis stigma negatif wanita mengenai kanser serviks.

Bertepatan dengan bulan Februari yang merupakan bulan kesedaran kanser, forum ini diharap dapat memperkukuhkan kolaborasi dengan semua pemegang taruh agar menjadikan sasaran eliminasi kanser serviks ini sebagai satu agenda utama. “Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser”, merupakan tema sambutan bulan kesedaran kanser pada tahun ini.

Moderator forum ini ialah Dr. Mohd. Norazam Mohd. Abas, Pakar Gine-onkologi dari Institut Kanser Negara yang berpengalaman luas dalam merawat pesakit kanser serviks dan disertai oleh tiga orang pemandiri kanser serviks iaitu Puan Karen Loh Kher Heem, Profesor Madya Dr. Sabariah Md Rashid dan Puan Siti Azura Binti S. Mohamad Hassan.

image image image

Kemaskini pada 2023-03-01 18:26:47 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page