A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia

4 Mac 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan merasmikan Program Khidmat Masyarakat sempena Hari Buah Pinggang Sedunia anjuran Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Sendayan, Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat tentang kepentingan kesihatan buah pinggang serta tindakan pencegahannya.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya adalah saringan kesihatan dan konsultasi kesihatan bersama pakar perubatan HUKM secara percuma, ceramah kesihatan dan pelancaran buku menu diet untuk pesakit buah pinggang. Pelbagai hadiah turut disediakan untuk aktiviti pertandingan mewarna, mini explorace, pertandingan masakan menu sihat serta cabutan bertuah.Pengunjung juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan status kesihatan buah pinggang secara percuma dan terus mendapatkan konsultasi daripada pakar.

Dr. Zaliha dalam ucapannya mengingatkan semua pihak bahawa penyakit buah pinggang boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat. Ia juga boleh dikesan dengan lebih awal melalui pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Turut hadir YB Tuan Veerapan Supramaniam, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan, YBhg. Prof Dato' Teknokogis Dr Norazah Mohd Nordin, Timbalan Main Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM, YBhg. Dato' Muhammad Nazri Kassim, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, YBhg. Prof Dato' Dr Hanafiah Harunarashid, Pro Main Canselor (Kampus Kuala Lumpur), dan YBhg Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan UKM.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-03-07 17:20:12 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page