A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Simposium 'Serdang Heart Disease In Pregnancy' (SHE-DIPs 2.0)

4 Mac 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium 'Serdang Heart Disease in PREGNANCY' (SHE-DIPs 2.0) di Auditorium Hospital Serdang.

Simposium SHE-DIPs 2.0 anjuran Jabatan Kardiologi Hospital Serdang dengan kerjasama Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Serdang merupakan suatu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan penyakit jantung bagi mengurangkan kes morbiditi Dan mortaliti dalam kalangan ibu mengandung bagi pengamal perubatan dan ahli khidmat sokongan kesihatan.

Analisis kematian ibu mengandung yang dilapor menerusi terbitan bertajuk 'Confidential Enquiries into Maternal Deaths (CEMD) 2012-2014, empat punca utama kematian ibu mengandung berpunca daripada komplikasi masalah kesihatan perubatan (termasuk masalah kesihatan jantung), iaitu sebanyak 20.7%, pendarahan selepas bersalin 16.7%, gangguan hipertensi dalam kehamilan 11.8%, dan pulmonari embolism 11.5%.Punca kematian ibu mengandung ini berkait rapat dengan kadar prevalens semasa penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia, khususnya diabetes.

Bertepatan dengan kepakaran Hospital Serdang sebagai hospital rujukan penyakit jantung turut memberikan perkhidmatan kepada sebanyak 669 pesakit pada tahun 2022 menerusi klinik kombinasi yang dikendalikan dengan kerjasama Jabatan Kardiologi dan Jabatan O&G. Jumlah peningkatan pesakit di klinik kombinasi ini meningkat hampir 90% berbanding tahun 2008. Jika jumlah unjuran pesakit dibuat dalam masa 10 tahun, dianggarkan seribu pesakit pada setiap sesi klinik sekiranya masalah jantung dalam kalangan ibu mengandung tidak diberi perhatian serius.

Justeru, Simposium SHE-DIPs 2.0 adalah platform terbaik untuk meningkatkan pengetahuan terhadap penyakit jantung dalam kalangan ibu mengandung Di Malaysia.

Turut hadir YBhg. Dato' Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr Amin Sah bin Ahmad, Pengarah Hospital Serdang, YBrs. Dr Karen Sharmini a/p Sandanasamy, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan, YBrs. Dr Faizul bin Mat Arifin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Datuk Dr Abdul Kahar bin Abdul Ghafar dan Ketua Perkhidmatan Kardiologi Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap Ketua Jabatan Kardiologi Hospital Serdang.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-03-07 17:29:58 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page