6 Mac 2023 - Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKa ) Cameron Highlands. Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda disambut oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.
HoSHKa telah beroperasi sejak 1 Januari 2007. Kini hospital ini beroperasi dengan kapasiti 40 katil, 4 buah wad, 4 bilik bersalin dan 2 dewan bedah meliputi 16 orang Pegawai Perubatan, 58 Jururawat dan 20 orang Penolong Pegawai Perubatan.
Hospital ini menawarkan 14 perkhidmatan seperti berikut:
a. Kecemasan dan Trauma
b. Pesakit Luar
c. Pesakit Dalam
d. Pembedahan
e. Pengimejan Diagnostik
f. Rehabilitasi
g. Forensik
h. Hemodialisis
i. Farmasi dan Makmal
j. Sucihama
k. Pendidikan Kesihatan
l. Sajian dan Dietatik
m. Rekod Perubatan dan
n. Pentadbiran dan Kewangan
Hospital ini telah berjaya memulakan pembedahan Ortopedik dan pembedahan Am pada 1 Disember 2022. Sehingga kini sebanyak 61 kes pembedahan telah berjaya dijalankan. Pada 2 Februari 2023 lalu, sejajar dengan Initiative Global Surgery KKM bagi meningkatkan pembedahan melibatkan kepakaran lain, hospital ini telah melakar sejarah pertama kalinya menjalankan Pembedahan Laparoskopik melibatkan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi.
KDYMM Raja Permaisuri Agong telah berkenan berinteraksi secara virtual bersama Dr. Mohd Faizal bin Azizan, Pakar Bedah yang sedang menjalankan pembedahan Laparoscopic Hernia Repair (pembaikan angin pasang) di dewan bedah hospital ini. KDYMM Raja Permaisuri Agong juga turut berkenan melawat Jabatan Kecemasan dan Trauma serta menyantuni pesakit di wad wanita bersama YB Menteri Kesihatan dan Pengurusan Tertinggi KKM.
Turut hadir YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Dr. Nur Dianah binti Amiruddin, Pengarah HoSHKa.
Kemaskini pada 2023-03-09 12:21:33 daripada