A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh, Perlis

7 Mac 2023 - Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh, Perlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan projek ini adalah YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Encik Wan Hashim bin Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh ini merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan bagi menjamin kemudahan masyarakat setempat khususnya penduduk Pauh, Perlis untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan awam. Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RP1, RMKe-11).Klinik Kesihatan Pauh ini merupakan sebuah klinik baharu yang menggunapakai reka bentuk piawai (Pre-Approved Plan) dengan skop seperti berikut:

(i) Bangunan klinik kesihatan (Jenis 3);
(ii) 16 unit kuarters Kelas G;
(iii) Tempat letak kereta; dan
(iv) Perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan.

Klinik ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 penduduk Pauh, Perlis dan dijangka akan beroperasi dalam masa sebulan daripada tarikh penyerahan ini.

Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh ini diharap agar dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat serta mencapai sasaran yang ditetapkan Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-03-09 15:11:29 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page