MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Perasmian Hospital Cyberjaya

9 Mac 2023 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Al- haj dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya, Sepang, Selangor.

Hospital Cyberjaya merupakan projek Reka dan Bina dengan peruntukan kos sebanyak RM508.8 juta di atas tanah seluas 12.82 ekar di Bandar Cyberjaya, Daerah Sepang.

Setelah melalui proses perancangan dan pembangunan, hospital ini telah berjaya disiapkan dan sesi penyerahan hospital telah diadakan pada 30 Jun 2021 antara pihak kontraktor dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

Hospital Cyberjaya merupakan hospital awam pertama yang menerima penarafan Green Building Index (GBI) tahap Platinum. Penarafan tersebut adalah berdasarkan factor-faktor seperti kecekapan tenaga, kecekapan penggunaan air dan penggunaan bahan yang mesra alam melalui pengasingan bahan buangan secara efektif.

Selain itu, infrastruktur di Hospital Cyberjaya yang mempunyai ciri-ciri khas seperti pengumpulan air hujan, penggunaan tenaga solar, penggunaan lampu sensor gerakan serta tempat pengecasan kereta adalah antara kriteria kejayaan penarafan tersebut.

Hospital Cyberjaya merupakan Hospital Pakar Major yang diletakkan di bawah Program Hospital Kluster Selangor Selatan bersama-sama Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Ampang yang diterajui oleh Hospital Serdang, sebagai Lead Cluster Hospital. Program Hospital Kluster Selangor Selatan ini akan diperluas dengan kaloborasi Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara. Sebanyak empat belas (14) Perkhidmatan Kepakaran (in-house) disediakan secara berfasa sebaik pengoperasian hospital ini pada 11 November 2022, iaitu:

  1. Perkhidmatan Kecemasan
  2. Perubatan Am
  3. Pembedahan Am
  4. Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
  5. Pediatrik
  6. Ortopedik
  7. Anestasiologi
  8. Oftalmologi
  9. Otorinolaringologi
  10. Radiologi
  11. Patologi
  12. Psikiatri dan Kesihatan Mental
  13. Rehabilitasi
  14. Pergigian
     

Menerusi konsep kluster ini, perkhidmatan kepakaran yang tidak disediakan di Hospital Cyberjaya akan diperolehi melalui konsep perkhidmatan pakar lawatan (visiting specialist) dan perkongsian sumber-sumber seperti kemudahan dan peralatan, sumber manusia dan kepakaran daripada hospital dalam kluster yang sama.

Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan serta keperluan penduduk di Daerah Sepang dan sekitarnya. Selain itu, dengan situasi semasa peningkatan populasi warga emas di seluruh negara dan juga penularan penyakit mental dalam kalangan masyarakat, Hospital Cyberjaya turut menawarkan perkhidmatan perubatan Geriatrik dan Psikiatri dalam masa terdekat.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dan YBhg. Dato’ Indera Dr Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-03-15 12:52:05 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page