11 Mac 2023 -YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan hadir merasmikan acara World Cancer Day Fun Run 2023 yang merupakan acara penutup bagi sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun. Perasmian ini juga telah dilakukan di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam mencegah dan mengawal penyakit kanser yang kian meningkat.
Tahun 2023, merupakan tahun kedua bagi tema ‘Close The Care Gap’ (Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser). Tema ini digunakan untuk mengajak semua agensi dan orang ramai untuk memahami ketidaksamaan dalam penjagaan kanser dan sama-sama memainkan peranan dalam menangani jurang ini supaya setiap pesakit menerima penjagaan kanser yang diperlukan secara adil dan saksama.
Walaupun ramai beranggapan tidak ada jalan keluar dari penyakit kanser, atau dengan kata lain, penyakit ini tidak akan sembuh, KKM ingin menegaskan bahawa ia adalah tidak benar. Kanser, tetap masih ada harapan untuk dicegah, dikesan awal, untuk dirawat dengan baik dan sembuh.
Turut hadir, YBhg. Dato Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Mohd Anis Haron, Pengarah Institut Kanser Negara, YBrs. Dr. Muhamad Azrin Omar, Timbalan Pengarah (Perubatan II) Institut Kesihatan Negara dan YBrs. Dr Feisul Idzwan Bin Mustapha Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit).
Kemaskini pada 2023-03-15 17:23:53 daripada