A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023

11 Mac 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa telah menyempurnakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Nilai, Bandar Baru Nilai

Pada tahun ini tema sambutan Hari Buah Pinggang ialah “Preparing for the Unexpected, Supporting the Vulnerable” iaitu bersedia untuk sebarang kemungkinan, melindungi golongan rentan. Tema tahun ini dipilih kerana kesan ketara akibat bencana alam seperti banjir dan bencana pandemik global seperti pandemik COVID- 19.

Dalam konteks global adalah dianggarkan lebih 850 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit buah pinggang. Mereka ini merupakan golongan rentan dan tentunya akan terjejas terutamanya dalam mendapatkan akses kepada perkhidmatan perubatan dan rawatan penjagaan bila berlakunya kejadian bencana.

Di Malaysia, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (National Health Morbidity Survey, NHMS 2019) sebanyak 1.7 juta individu menghidap tiga rangkaian penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease, NCD) utama iaitu diabetes, hipertensi dan kolestrol tinggi.

Oleh yang demikian, fokus utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk mengubah penjagaan pesakit (sick care) kepada penjagaan kesihatan (health care) dengan meluaskan promosi (promotive health) dan pencegahan (preventive) penyakit sebagai sebahagian daripada fokus baharu terhadap pengurusan NCD.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Zaki Morad Mohd Zaher,

Presiden Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), YBrs. Dr. B. Sunita V. Bavanandan, Ketua Perkhidmatan Nefrologi KKM, YBrs. Dr. Lily Mushahar, Presiden Persatuan Nefrologi Kebangsaan (MSN).

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-03-16 11:48:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page