A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023

12 Mac 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day, WKD), Peringkat Negeri Selangor 2023 bertempat di East Symphony, IOI City Mall, Putrajaya.

Hari Buah Pinggang Sedunia merupakan inisiatif gabungan dari International Society of Nephrology (ISN) dan International Federation of Kidney Foundations-World Kidney Alliance (IFKF-WKA) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran khayalak ramai untuk kepentingan penjagaan buah pinggang dan amalan gaya hidup sihat.

Pada tahun ini, tema sambutan Hari Buah Pinggang yang telah dipilih ialah “Preparing for the Unexpected, Supporting the Vulnerable” iaitu bersedia untuk sebarang kemungkinan, melindungi golongan rentan. Antara objektif utama sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia adalah untuk:

i)      Meningkatkan kesedaran tentang kehebatan buah pinggang serta menekankan tentang risiko terhadap penyakit buah pinggang kronik.
ii)     Menggalakkan pemeriksaan saringan kepada mereka yang berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, usia lanjut dan lain-lain lagi.
iii)    Mendidik orang awam berkenaan kesihatan terutamanya kepentingan dalam pengesanan awal buah pinggang kronik.
iv)    Menggalakkan gaya hidup untuk mengelakkan obesiti dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, bersenam dan penggambilan pemakanan yang sihat.

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pesakit dialisis baru tertinggi, berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 18% (1,654) selaras dengan kepadatan penduduknya yang tertinggi di Malaysia. Oleh yang demikian, KKM ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka khususnya kesihatan buah pinggang.

Turut hadir, YBrs Dr.Faizal bin Mat Ariffin Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Hj Amin Sah Hj Ahmad Pengarah Hospital Serdang, YBrs. Prof. Dr. Hamidon Basri Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, YBrs. Dr. Sunita Bavanandan, Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur, YBrs Prof Dr. Goh Bak Leong Ketua Perkhidmatan Nefrologi Selangor dan YBrs. Dr. Aida Azlin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Hari Buah Pinggang Sedunia.

image image image image
image image image image
  image image

 


Kemaskini pada 2023-03-16 18:31:44 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page