A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Hari Pendengaran Peringkat Negeri Selangor

14 Mac 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Pendengaran peringkat Negeri Selangor di Auditorium Hospital Serdang.

Hari Pendengaran Sedunia disambut untuk memberi kesedaran kepada masalah pendengaran yang kurang diberi perhatian berbanding penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain. Tema Hari Pendengaran Sedunia pada tahun ini adalah “Penjagaan Pendengaran untuk Semua: Jadikannya Realiti”.

Masalah pendengaran adalah masalah sensori yang paling kerap berlaku tanpa mengenal faktor usia dan merupakan kecacatan seumur hidup. Masalah pendengaran yang tidak dirawat dengan baik, boleh mengganggu interaksi dan perkembangan otak yang sempurna, seterusnya mendorong kepada masalah lain seperti masalah tingkah laku dan kelewatan pertuturan pada bayi dan kanak-kanak, dan meningkatkan risiko demensia dalam kalangan orang dewasa dan warga emas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Implan Koklea Kebangsaan sejak tahun 2008 bertujuan untuk mengoptimumkan potensi diri individu yang mengalami masalah pendengaran yang kritikal. Kini terdapat 10 hospital KKM yang merupakan pusat satelit implan koklea, dan untuk mencapai intervensi awal, program saringan pendengaran bayi universal telah dijalankan di 49 buah hospital. Seramai hampir 53,000 bayi telah menjalani saringan pendengaran sejak Januari hingga Mac 2023.

Turut hadir ialah En. Mohd Zahir Bin Mohd Farid, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Dr. Adibah Binti Hasim, Ketua Cawangan Perkembangan perubatan, Dr. Zulkiflee Bin Salahuddin, Ketua Perkhidmatan ORL dan Dr. Adilah Bt Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perkembangan Perubatan

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-03-23 12:45:49 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page