MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Mesyuarat YB Menteri Kesihatan Bersama Delegasi United States-Asean Business Council

15 Mac 2023 YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi United States-Asean Business Council (US-ABC) di Parlimen.

Delegasi tersebut diketuai oleh TYT Duta Michael W. Michalak, Timbalan Presiden Kanan dan Pengarah Urusan United States-Asean Business Council.

Mesyuarat telah membincangkan potensi kerjasama yang boleh diteroka antara syarikat-syarikat berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan hari ini adalah berkenaan kerjasama kesihatan digital yang merangkumi Pelan Strategik Pendigitalan Kesihatan 2021-2025.

Selain itu, turut dibincangkan berkaitan fokus kementerian dalam menangani isu-isu berkaitan penyakit tidak berjangkit yang menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2019.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan delegasi US-ABC dihadiri oleh wakil-wakil daripada 18 Syarikat-syarikat bernaung di bawah US-ABC seperti IBM, Abbot, Coca-Cola, dan lain-lain.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-03-23 12:22:50 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page