MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Program Flagship Medical Tourism Hospital Di Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

16 Mac 2023 - YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir ke Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk mengumumkan 4 finalis yang terpilih untuk Program Flagship Medical Tourism Hospital, di Ibu Pejabat MHTC, Kuala Lumpur hari ini.

Program Flagship Medical Tourism Hospital adalah satu inisiatif yang pertama seumpamanya bertujuan untuk menjadi penanda aras baharu dalam pelancongan penjagaan kesihatan global. Program ini diterajui oleh MHTC pada tahun 2022, dan disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program ini dilaksanakan di bawah usaha sama dengan badan-badan antarabangsa, IQVIA dan Joint Commission International (JCI) untuk menjadikan Malaysia sebagai ikon pelancongan penjagaan kesihatan yang terkenal di seluruh dunia dengan memberikan pengalaman yang terbaik berasaskan kecemerlangan perubatan, kecemerlangan perkhidmatan dan penjenamaan antarabangsa kepada pesakit.

4 finalis terpilih yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan adalah Institut Jantung Negara (IJN), Island Hospital, Mahkota Medical Centre, dan Subang Jaya Medical Centre. Finalis-finalis ini telah dipilih dengan teliti melalui proses kelayakan yang melibatkan analisis data dan penilaian di premis dengan menyeluruh dan ketat.

Melalui program ini, hospital-hospital terbaik yang lain dalam negara juga akan meningkatkan komitmen dan usaha mereka untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit.

Di samping itu, program ini seharusnya dapat mendorong hospital-hospital lain untuk mencapai sistem kesihatan yang lebih kukuh untuk negara, sekaligus menjadikan penjagaan kesihatan Malaysia sebagai jenama kesihatan global yang terkenal dan dipercayai.

Turut hadir, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, YBrs. En. Mohd Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, MHTC, YBhg. Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, YBrs. Dr. Goh Kok Yeong, Ketua Pegawai Operasi, Island Hospital, YBrs En. Stanley Lam, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahkota Medical Centre dan YBrs. En Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif, Subang Jaya Medical Centre.

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-03-23 17:29:46 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page