A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

17 Mac 2023 -YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

HKL turut dikenali sebagai sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga merupakan hospital yang terbesar di Malaysia, di Asia Tenggara (ASEAN) dan antara yang terbesar di rantau Asia.

Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa HKL adalah tunjang penyampaian kesihatan di Malaysia, malahan ia juga terkenal sebagai Pusat Rujukan Perubatan Utama Negara.

Dalam sesi lawatan berkenaan, YB Menteri Kesihatan telah melawat Jabatan Kecemasan HKL, Urgent Care Clinic dan Klang Valley Ambulance Service.

Dalam sesi lawatan ini juga, YB Menteri Kesihatan telah menyempurnakan pelancaran Buku Coffee Table COVID-19 HKL. Coffee Book COVID-19 HKL ini memaparkan kisah-kisah hebat dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pasukan barisan hadapan HKL ketika berdepan dengan pandemik wabak COVID-19.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), KKM dan YBhg. Datin Paduka Doktor Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-03-23 17:19:28 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page