A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Program Myhealthymind@PPR Bukit Jalil

18 Mac 2023 - YB Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni telah menyempurnakan pelancaran Program MyHealthyMind@PPR di Bukit Jalil hari ini sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) berkenaan kesejahteraan kesihatan minda.

Di samping itu, beliau juga turut melancarkan Laporan Kajian “Contributing Factors To Psychological Distress, Coping Strategies, And Help-Seeking Behaviours Among Adolescents Living In Klang Valley’s PPR. Program serta laporan yang diperolehi ini adalah susulan daripada kajian yang dijalankan pada tahun 2022 semasa pandemik COVID-19. Kajian ini meneroka faktor penyumbang kepada tekanan psikologi, strategi daya tindak dan tingkahlaku mendapatkan bantuan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang tinggal di PPR, di Lembah Klang. Ia juga merupakan kolaborasi antara UNICEF, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar kemurungan dan keresahan telah meningkat lebih daripada 25% pada tahun pertama pandemik COVID-19, iaitu pertambahan kepada hampir 1 billion individu yang mengalami gangguan kesihatan mental. Secara amnya, impak pandemik ini bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa, tetapi turut memberi kesan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu kesihatan mental ini dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesejahteraan mental masyarakat Malaysia sentiasa terjaga. Antaranya adalah melalui perkhidmatan Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semasa pandemik COVID-19 dan ditambah baik kepada Talian HEAL 15555.

Hasil dapatan kajian yang telah dilakukan ini juga membolehkan pihak KKM bersama-sama agensi lain berganding bahu untuk memahami masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja dan mengenalpasti jalan penyelesaian yang paling strategik untuk mengatasi masalah mental yang dihadapi secara holistik dan berkesan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), KKM, YBrs. Miss Hayon Nam, Chief Adolescent Development & Participation (ADAP), UNICEF, YBrs. Dr. Zulkarnain Abd Karim Pengurus Institut Kesihatan Negara dan YBrs. Dr. Manimaran a/l Krishnan Kaundan Pengarah Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-03-24 11:25:38 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page