A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Pelancaran Dasar Pergigian Kebangsaan

20 Mac 2023 - YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 dan Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Hadir sama, YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.

Hari Kesihatan Mulut Sedunia disambut setiap tahun pada 20 Mac di serata dunia bagi memperkasa kesedaran serta meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut. Tema yang digunakan pada tahun ini kekal sama sejak tahun 2021, iaitu “Be Proud of Your Mouth: Look After Your Oral Health For A Lifetime of Smiles.”

Penyakit mulut adalah salah satu daripada penyakit tidak berjangkit (NCD) utama yang merupakan kebimbangan global termasuklah di Malaysia serta memberi kesan negatif kepada seseorang sepanjang hidup mereka. Penyakit pergigian berkongsi faktor risiko utama dengan penyakit tidak berjangkit yang lain seperti diabetes, kanser dan lain-lain lagi.

Di seluruh dunia, dianggarkan 3.5 bilion orang menderita akibat penyakit pergigian. Di Malaysia pula, 19.4 juta (94%) orang dewasa mempunyai masalah keradangan dan penyakit gusi, 18.3 juta (88.9%) mempunyai karies gigi. hanya 22% orang warga emas mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi, pada awal usia 5 tahun lagi 71% orang kanak-kanak telah mengalami karies gigi.

Oleh yang demikian, Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan ini amat penting kerana ia mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Dasar ini didokongi oleh 3 prinsip iaitu, Mempromosikan Liputan Perlindungan Kesihatan Sejagat dengan moto “tiada seorang pun yang akan ketinggalan”, Integrasi Kesihatan Pergigian dengan Kesihatan Umum dan Mempertingkatkan Keselamatan dan Kualiti Kesihatan Pergigian untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat dan berkualiti.

Di samping itu, bagi mempertingkatkan taraf kesihatan mulut rakyat Malaysia, semua pihak juga perlu berkerjasama bagi memastikan kemampanan penjagaan kesihatan negara. Dasar Kesihatan Pergigian ini turut menitikberatkan kepentingan pemerkasaan masyarakat agar literasi kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat dapat dipertingkatkan.

Bersesuaian dengan tema ini maka Program Kesihatan Pergigian, KKM telah mempergiatkan kempen PEPS1S iaitu Dapatkan PEmeriksaan Pergigian Sekurang-kurangnya sekali (1) Setahun bagi mengesan awal sebarang tanda penyakit pergigian dan tarikh yang paling mudah diingati untuk mendapatkan pemeriksaan ini adalah pada setiap kali harijadi anda. `Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi’.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, YBrs. Dr. Noormi Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), KKM, dan YBrs. Dr. Lim Chiew Wooi, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA).

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-03-28 11:15:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page