MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Persidangan “The 1st Global Surgery Conference: The New Dawn”

19 Mac 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama dengan YB Dato’ Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak telah merasmikan persidangan “The 1st Global Surgery Conference: The New Dawn” bertempat bertempat di Waterfront Hotel, Kuching Sarawak. Matlamat penganjuran persidangan ini adalah untuk memperluaskan inisiatif Global Surgery melalui perkongsian idea dan pengalaman oleh para peserta.

KKM sentiasa mengkaji pelbagai strategi dan inovasi untuk menambahbaik akses perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan pembedahan. Inisiatif Global Surgery di Malaysia ini bermatlamat untuk memperkukuhkan akses kepada perkhidmatan pembedahan bagi memastikan kelestarian dan kemapanan perkhidmatan yang disediakan dengan mengoptimumkan sumber sedia ada.

YB Dr. Zaliha menyatakan bahawa persidangan ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana fokus utama agenda Global Surgery ini adalah untuk merapatkan jurang dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan serta menyediakan akses kepada perkhidmatan pembedahan asas dan kritikal dalam keadaan yang selamat, berkesan dan tidak membebankan pesakit. YB Dr. Zaliha turut menyatakan KKM komited dalam usaha untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang setara di seluruh negara.

Dengan penganjuran persidangan ini, ianya dapat membuka peluang jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak samada di peringkat tempatan dan juga antarabangsa dalam memperkukuhkan inisiatif Global Surgery demi untuk meningkatkan akses dan kesaksamaan dalam penyediaan perkhidmatan pembedahan asas dan kritikal berhampiran dengan masyarakat.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dan YBrs. Dr. Hasmizy Bin Muhammad, Pengerusi Penganjur Persidangan

image image image image
image image image image
image image

Kemaskini pada 2023-04-03 09:45:20 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page