A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Desa Kampung Tengah Dan Klinik Desa Kampung Jawa, Segamat Johor

26 Mac 2023 - YB. Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah melawat 2 fasiliti kesihatan iaitu Klinik Desa Kampung Tengah dan Klinik Desa Kampung Jawa yang dilanda banjir teruk baru-baru ini.

Daerah Segamat telah dilanda banjir teruk pada 1 Mac 2023 lalu meyebabkan 6 fasiliti kesihatan terjejas teruk. 6 fasiliti kesihatan berkenaan adalah Klinik Kesihatan (Klinik Kesihatan Chaah) dan 5 Klinik Desa (Klinik Desa Kampung Tengah, Klinik Desa Kampung Jawa, Klinik Desa Kampung Jabi, Klinik Desa Tenang Station dan Klinik Desa Temu Jodoh).

Klinik Kesihatan Chaah dan Klinik Desa Kampung Tengah telah mengalami kerosakan fizikal dan kerosakan peralatan yang teruk dimana semua aset perubatan, aset bukan perubatan (perabot) dan peralatan ICT seperti komputer tidak dapat digunakan. Bahagian fizikal klinik terjejas banjir memerlukan baik pulih termasuk kerosakan pagar klinik, pintu masuk, dinding, siling bumbung, pemeriksaan sistem pendawaian elektrik dan sebagainya.

Selain itu, Klinik Kesihatan Chaah dan Klinik Desa Kampung Tengah juga telah mengalami kerosakan bangunan dan landskap yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan dan memerlukan proses baik pulih segera.

Kos membaik pulih seperti yang dianggarkan telah diusahakan dengan kadar segera oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor.

Kini perkhidmatan kesihatan Klinik Kesihatan Chaah telah ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Pekan Chaah.

Klinik Desa Kampung Tengah pula kembali beroperasi pada 12 Mac 2023 dengan menawarkan perkhidmatan rawatan bergejala ringan dan rawatan susulan sahaja.

Pesakit-pesakit lain pula dirujuk ke Klinik Kesihatan Segamat (berjarak 3 km). Klinik Desa yang lain masih dapat beroperasi walaupun wujud kerosakan luaran bangunan.

Pihak KKM dan PKD Segamat akan terus memantau dan melaksanakan segala proses baik pulih fasiliti terjejas banjir dan perolehan aset utk memastikan perkhidmatan kesihatan di fasiliti terjejas dapat dipulihkan dengan kadar segera.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBrs. Dr. Zaid bin Kassim, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-04-07 11:05:44 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page