A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Johor (Walkabout Bazar Ramadan di Daerah Segamat, Johor)

25 Mac 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan peringkat Negeri Johor dengan mengadakan aktiviti walkabout Bazar Ramadan di Daerah Segamat.

Terdahulu, beliau telah menyempurnakan kick-off bagi pelancaran Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Tahun 2023 di Bazar Ramadan Putrajaya yang akan turut dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Walaupun Negeri Johor baru sahaja dilanda bencana banjir baru-baru ini, pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Bawah Jabatan Kesihatan Negeri Johor tidak berkompromi bagi memastikan makanan yang dijual di Bazar Ramadan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Sehubungan itu, jabatan akan terus melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan ke atas kebersihan dan keselamatan premis-premis makanan semasa bulan Ramadan. Aktiviti ini dijalankan oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama kesemua enam belas (16) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara bersepadu.

Semasa Operasi Ramadan pada tahun 2022 di Negeri Johor, sebanyak 109 lokasi Bazar Ramadan dengan jumlah 6,415 petak premis telah dibuka. Sebanyak 4,229 premis Bazar Ramadan yang diperiksa mempunyai tahap kebersihan yang baik iaitu markah melebihi 80% daripada jumlah keseluruhan 4,230 premis.

Sebanyak 890 arahan pembetulan telah dikeluarkan kepada pemilik/ pengendali premis manakala 97 notis kompaun (32B) telah dikeluarkan kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sejumlah 8,220 orang pengendali makanan telah diperiksa. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 7,762 (94.4%) orang pengendali makanan telah mendapatkan suntikan tifoid dan 7,439 (90.5%) orang pengendali makanan telah hadir Kursus Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf KKM.

Selain itu, bagi tujuan pemantauan keselamatan makanan, sebanyak 82 sampel makanan telah diambil dan dihantar ke makmal KKM bagi tujuan pengesahan analisis parameter mikrobiologi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 sampel didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan telah diambil tindakan undang-undang. Sebanyak 1,274 rampasan produk makanan untuk jualan perayaan turut dilaksanakan yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM5,830.42 kerana kesalahan seperti pelabelan, pembungkus makanan yang rosak / tin kemek atau makanan telah tamat tempoh.

Turut hadir YBhg Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Puan Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Puan Hajah Zalilah binti Nasir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dr. Zaid bin Kassim, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Puan Mariam binti Suratni, wakil Yang DiPertuan Majlis Perbandaran Segamat dan Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal, Penolong Pegawai Dareah Segamat.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-04-07 11:04:50 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page