MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Majlis Pertemuan YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS

6 April 2023 - YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) telah mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS serta 4 orang pegawai tertinggi CUEPACS di Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam sesi pertemuan ini terutamanya mengenai isu semasa Pegawai Perubatan lantikan kontrak di KKM, dasar pelantikan Pegawai Perubatan lantikan kontrak sedia ada, obligasi kerajaan mengikut Akta Perubatan 1971, isu-isu tuntutan yang dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan kontrak serta inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh KKM sejak 2016 hingga kini.

Sesi pertemuan ini mencerminkan komitmen tinggi pihak CUEPACS untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara KKM dan CUEPACS dalam memastikan kebajikan penjawat awam di KKM sentiasa terpelihara dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Turut hadir dalam sesi pertemuan ini adalah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs. Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia).

image image image

Kemaskini pada 2023-04-19 11:25:37 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page