A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Kinarut, Papar, Sabah

8 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas- Tugas Khas) telah melawat Klinik Kesihatan (KK) Kinarut, Papar, Sabah.

KK Kinarut merupakan KK kedua yang dilawati oleh beliau selepas lawatan dan tinjauan di KK Luyang. Kedatangan beliau ke KK Kinarut disambut oleh YBrs. Dr. Alfred Aldrin, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan (PKD) Papar dan YBrs. Dr. Farah Waheeda Ghulam Khan, Pakar Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik Kinarut.

Kinarut terletak di Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah, menghala ke Laut Cina Selatan di persisiran pantai iaitu 20 kilometer ke selatan Bandaraya Kota Kinabalu. Klinik Kesihatan Kinarut pula terletak di Kampung Suangon, Kinarut, 2 kilometer dari Pekan Kinarut. KK Kinarut ini juga telah dibina pada tahun 1978 dan mula beroperasi pada 2 Januari 1979.

KK Kinarut telah dinaik taraf pada tahun 2005 dimana sebuah bangunan baru dibina untuk menempatkan Unit Kesihatan Ibu dan Anak manakala Unit Pesakit Luar, Unit Makmal dan Unit Farmasi telah dibina pada tahun 2009, 2015 dan 2019. Bangunan-bangunan baru ini dibina untuk mempercepatkan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan klinik.. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah seperti:

i. Perkhidmatan Pesakit Luar
ii. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak
iii. Perkhidmatan Rawatan Penyakit Tuberkulosis
iv. Perkhidmatan Psikologi Kaunseling
v. Perkhidmatan Jurupulih Perubatan (Carakerja)
vi. Perkhidmatan Makmal dan Perkhidmatan Farmasi.

Turut hadir, YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Wan Hashim Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), KKM, YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, dan YBrs. Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-04-19 12:07:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page