14 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah meluangkan masa untuk menyantuni dan memberi sumbangan buka puasa kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Putrajaya.
Sempena bulan Ramadhan yang berkah ini, Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan D’Tandoor telah berkerjasama untuk membekalkan sebanyak 500 pek makanan untuk diberikan kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Putrajaya terutamanya bagi yang bertugas di wad, Unit Kecemasan, Unit Hemodialisis, Unit X-Ray dan juga pegawai keselamatan.
Di samping itu, ini merupakan sumbangan pek makanan kedua yang telah diberikan oleh YKKK kepada Hospital Putrajaya. YKKK merupakan satu badan NGO berkebajikan yang ditubuhkan untuk membantu pesakit-pesakit kanser dan kronik di seluruh Malaysia.
YKKK telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.
YB Menteri Kesihatan juga telah menyampaikan sepatah dua kata kepada para petugas di hospital tersebut sebagai tanda penghargaan dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas sewaktu bulan Ramadhan.
Hadir sama, YBrs. Dr. Suraya Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Kemaskini pada 2023-04-19 15:20:09 daripada