A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper - HWP) Peringkat Zon Tengah Dan Pelancaran Laman Web Health White Paper

18 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan bagi Zon Tengah di Hotel Zecon, Cheras, Kuala Lumpur.

Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper) menterjemah pelan reformasi kesihatan negara dengan menggariskan cabaran dan limitasi utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara serta mengemukakan cadangan reformasi kesihatan yang bersifat holistik, inklusif dan responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat.

Sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025), HWP merupakan salah satu inisiatif pelan tindakan bagi reformasi sistem penjagaan kesihatan Malaysia akan diperkenalkan sebagai pendekatan baharu untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan negara.

HWP berasaskan kepada empat (4) tonggak utama iaitu

(i) Mentransformasikan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan
(ii) Mempertingkatkan Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit
(iii) Memastikan Pembiayaan Kesihatan yang Mampan dan Saksama dan
(iv) Memperkukuh Asas Sistem Kesihatan dan Tadbir Urus.

Sesi Town Hall ini akan diteruskan di Sarawak, Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, dan Zon Pantai Timur bagi memperkasakan usaha dalam mewar-warkan inisiatif reformasi KKM ke arah sistem kesihatan negara yang lebih mampan dan sistematik.

Orang awam disaran untuk memberikan input, cadangan serta pandangan mengenai sistem kesihatan negara melalui laman web HWP yang turut dilancarkan pada hari ini melalui pautan www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan .

Turut hadir, YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazaman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),

YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidkan dan Sokongan Teknikal),  YBhg. Dr. Rozita Halina Tun Hussein, Pengarah,  Bahagian Perancangan, YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Selangor, YBhg. Dato’ Indera Sha’rani,  Pengarah,  Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,  Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar, Pengarah, Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya dan Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Al- Junid ( Panel Penasihat).

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-04-19 15:45:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page