19 April 2023 – YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan menyempurnakan majlis ‘clock out’ persaraan wajib di lobi Blok E7, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini setelah berkhidmat selama 35 tahun.
Tanggal 20 April 2023, bermula usia persaraan beliau dan bermulalah fasa baharu sebagai pesara kerajaan. Khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang menerajui KKM dan perkhidmatan awam amnya akan dikenang selamanya. Komitmen Tan Sri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan berjalan lancar terutamanya ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, dari segi pasukan petugas perubatan, kemudahan kesihatan serta fasiliti kesihatan adalah amat dihargai.
Terima kasih diucapkan di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan.
Seluruh warga Kerja KKM ingin mengucapkan Selamat Bersara, Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Raya Tan Sri.
Kapal layar kemudi cermat,
Bijak nakhoda melawan gelora;
35 tahun setia berkhidmat;
Tiba detiknya waktu bersara.
Kemaskini pada 2023-04-28 15:59:01 daripada