19 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyantuni petugas-petugas kesihatan dan pesakit-pesakit di Hospital Kajang, Selangor.
Sebanyak 500 pek makanan sumbangan ihsan daripada Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diserahkan kepada wakil-wakil petugas dari wad-wad hospital berkenaan.
YB Menteri Kesihatan juga sempat meluangkan masa melawat pesakit-pesakit di Wad Pediatrik serta mengedarkan sumbangan “bag goodies” dan duit raya kepada hampir 50 orang pesakit kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Turut Hadir, YBhg. Datuk Malik bin Abdullah, (Timbalan Pengerusi YKKK), YBrs. Dr. Mardiah binti Masharuddin (Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Kajang), YBrs. Dr. Noreen Ho Han Ching, (Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Kajang), YBrs. Puan Tahnani binti Shahabudin, (Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Kajang).
Kemaskini pada 2023-04-28 16:16:29 daripada