A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

18 April 2023 - YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Persaraan Bakti Disanjung Budi Dijunjung YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham sepanjang perkhidmatan beliau di Kementerian Kesihatan Malaysia.

YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham mula menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988 dan kemudiannya menyambung pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan endokrin di Australia. YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham merupakan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013. YBhg Tan Sri Dr. Noor Hisham akan bersara wajib pada 20 April 2023 nanti setelah berkhidmat selama 35 tahun dalam bidang kesihatan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-04-28 16:34:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page