A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Pembentangan Dan Dialog Mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) Di Hospital Umum Sarawak (HUS).

27 April 2023 - YB Dato’ Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak dan YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi pembentangan dan dialog mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, Sarawak.

Kertas Putih Kesihatan (HWP) merupakan satu kertas dasar yang akan menggariskan cabaran dan kekangan yang dihadapi sistem kesihatan negara dan mengesyorkan beberapa pendekatan dan strategi bagi mereformasi sistem kesihatan negara secara berfasa.

Sesi Town Hall Zon Negeri Sarawak ini merupakan yang kedua diadakan selepas sesi pertama di Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) baru-baru ini. Tujuan utama sesi town hall kali ini diadakan adalah untuk berkongsi intipati pelan reformasi yang terkandung dalam HWP, mendengar pandangan daripada pelbagai pemegang taruh dan juga mendapatkan sokongan semua ke atas HWP ini sebelum ianya dibentangkan di Parlimen pada bulan Jun nanti.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Kertas Putih Kesihatan (https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan) untuk berkongsi pandangan dan memberi input terhadap Kertas Putih Kesihatan serta mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan ini.

Kertas Putih Kesihatan amat penting dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dan tadbir urus kesihatan negara dalam tempoh 15 tahun akan datang. Ianya amat penting dalam usaha untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara sihat, sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh rakyat, serta mewujudkan sistem kesihatan yang lestari dan berdaya tahan yang dapat menghadapi apa sahaja cabaran kesihatan masa kini dan akan datang.

Turut hadir, YB Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. Dr. Koh Kar Chai, Mantan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia selaku ahli Majlis Penasihat untuk Kertas Putih Kesihatan YBrs. Dr. Rozita Halina Tun Hussein Pengarah Bahagian Perancangan, KKM, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr Ngian Hie Ung, Pengarah Hospital Umum Sarawak.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-05-10 11:35:35 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page