A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Pembentangan Dan Dialog Mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) Peringkat Zon Negeri Sabah

28 April 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi pembentangan dan dialog mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) Peringkat Zon Negeri Sabah di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi town hall ini merupakan sesi ketiga Yang dianjurkan selepas Zon Tengah (Selangor, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya) dan Zon Negeri Sarawak.

Jelajah town hall HWP ini juga akan diteruskan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas orang ramai termasuk yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan golongan-golongan tertentu.

HWP ini adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia dan antara teras strategik kertas putih itu adalah untuk memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan. Usaha reformasi yang dicadangkan melalui kertas konsep ini adalah penting bagi memastikan sistem kesihatan negara kita mampan, berdaya tahan serta responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat bukan hanya untuk masa kini tetapi juga untuk masa hadapan.

Dokumen ini diharapkan dapat menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih adil, berkualiti tinggi, mudah dicapai dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat. Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Kertas Putih Kesihatan (https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan) untuk berkongsi pandangan dan memberi input terhadap Kertas Putih Kesihatan.

Turut hadir, YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Exco Kesihatan Negeri, YB Lukanisman Awang Suani, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Jemilah Mahmood, Ahli Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan, YBhg Datuk Dr Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Dr. Rozita Halina Tun Hussein Pengarah Bahagian Perancangan, KKM.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-10 12:05:24 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page