A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Kayuhan MAIPs Peduli YB Menteri Kesihatan Bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

30 April 2023 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bersama YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyertai sesi kayuhan MAIPs Peduli di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Kayuhan MAIPs Peduli merupakan Program Khas DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dibawah penyelarasan Majlis Agama Islam Perlis dan kolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis manakala sesi kayuhan berkenaan merupakan rutin kayuhan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis, iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.

Terdapat 4 aktiviti dalam sesi Kayuhan MAIPs Peduli di mana kayuhan ke rumah Asnaf terlantar, dan pemberian sumbangan oleh Tuanku Pemangku Raja Perlis.

Seterusnya, kayuhan ke Bangunan Wakaf Pusat Dialisis MAIPs di mana serahan sumbangan kepada usahawan asnaf bimbingan Akademi Transformasi Asnaf oleh Tuanku Pemangku Raja Perlis.

Selepas itu, kayuhan ke Klinik Kesihatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) diikuti dengan lawatan di Klinik Kesihatan UTC. Sesi kayuhan berakhir di Masjid Saidina Umar Al Khattab dimana semua asnaf akan menjalani pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma dan mendengar ceramah gaya hidup sihat di masjid sebelum penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf oleh Tuanku Pemangku Raja Perlis.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah JKN Perlis dan Ketua-ketua Jabatan Negeri serta badan-badan GLC dan Swasta Negeri Perlis.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-10 12:14:00 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page