A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Program TV Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

3 Mei 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah melancarkan Program TV Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. ANMS adalah salah satu pendekatan KKM bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan serta intervensi yang komprehensif dalam pembudayaan hidup sihat dan kelestarian kebersihan persekitaran.

KKM telah melaksanakan pelbagai aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan melalui Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat. Aktiviti promosi dan pendidikan ini bermula dengan Majlis Pelancaran ANMS pada 11 November 2021 yang lalu secara langsung di RTM TV1.

Sejak pelancaran, pelbagai aktiviti promosi dan pendidikan ANMS telah dilaksanakan menerusi penggunaan media. Penggunaan semua platform atau saluran media dalam mempromosikan ANMS kepada rakyat membuktikan bahawa KKM sangat serius dalam menyampaikan mesej kesihatan dalam mengubah tingkah laku rakyat ke arah pembudayaan hidup sihat.

Salah satu inisiatif ANMS yang digunakan adalah menggunakan jurucakap dalam kalangan selebriti bagi menyampaikan mesej kesihatan melalui Program TV Sitkom ANMS yang telah dilancarkan pada hari ini.

Penyampaian mesej berkonsepkan ‘edutainment’ ini menggabungkan pendidikan dan hiburan yang dapat memberi kesan emosi kepada kumpulan sasaran serta memiliki faktor penting untuk menarik perhatian bagi memaksimumkan pendedahan dan meningkatkan respon terhadap mesej yang ingin disampaikan.

Mesej-mesej promosi dan pendidikan kesihatan yang disampaikan melalui sitkom ini adalah mengenai bahaya denggi, kepentingan menjalani saringan kesihatan, kekal aktif, pemakanan sihat dan selamat, amalan 10 ribu langkah sehari, persekitaran sihat, amalan ‘Take 5’ untuk kesejahteraan mental dan fizikal dan ‘SpeakOut’ iaitu suarakan hak anda untuk udara bebas asap rokok.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-05-11 15:51:13 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page