A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Sesi Pembentangan Dan Dialog Mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) Di Dewan Auditorium 3, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.

7 Mei 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi pembentangan dan dialog mengenai Kertas Putih Kesihatan (HWP) di Dewan Auditorium 3, Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.

Sesi dialog awam berkenaan HWP ini merupakan sesi kelima yang dianjurkan selepas sesi pertama di peringkat Zon Tengah pada 18 April 2023 di Kuala Lumpur, sesi kedua di peringkat Zon Negeri Sarawak pada 27 April 2023, sesi ketiga di peringkat Zon Sabah pada 28 April 2023 dan sesi keempat di Zon Utara di Penang baru-baru ini.

Umum mengetahui, sistem kesihatan negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran berterusan seperti peningkatan beban penyakit, isu kesesakan di hospital yang semakin meruncing, masa menunggu yang lama, klinik-klinik daif, ketidakseimbangan petugas kesihatan dengan keperluan penduduk dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, Kertas Putih Kesihatan telah dibangunkan untuk menjadi sebagai satu pelan reformasi sistem kesihatan dan ia adalah usaha murni kerajaan demi menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan yang saksama, berkualiti tinggi, mudah untuk diakses, mampu milik dan mampan bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat di negara ini.

Pelbagai maklum balas dan pandangan orang awam telah diperolehi melalui sesi 'town hall' yang telah dilakukan termasuk yang dihantar secara maya di laman sesawang rasmi HWP (https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan) berkenaan penambahbaikan serta harapan mereka terhadap sistem kesihatan negara pada masa hadapan.

Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, KKM, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YB Puan Siti Faizah Datuk Abd. Azis Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, YBrs. Dr. Mothar Pungut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBhg. Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi AXIATA Merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-15 00:16:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page