A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Dan Penjenamaan Semula Hospital Serdang Kepada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Oleh Sultan Selangor

8 Mei 2023 - Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berangkat mencemar duli dan seterusnya berkenan merasmikan Majlis Perasmian dan Penjenamaan semula Hospital Serdang kepada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Pada bulan Mei, 2005, Hospital Serdang memulakan operasinya dengan kapasiti sebanyak 668 buah katil. Hospital Serdang memulakan perkhidmatan pertama dengan kepakaran Nefrologi dan kini mempunyai 22 kepakaran klinikal.

Hospital Serdang merupakan hospital pakar major yang merupakan pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah dan pusat rujukan bagi kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara (National Tertiary Cardiac Referral Centre). Perkhidmatan jantung Hospital Serdang merupakan perkhidmatan yang paling sibuk dengan beban kerja paling tinggi di antara semua 10 fasiliti perkhidmatan jantung di KKM dengan lebih 40,000 pesakit luar setahun dan lebih 12,000 rawatan invasif setahun termasuk angiogram dan angioplasti koronari.

Keprihatinan kerajaan terhadap pentingnya keperluan perawatan kardiologi, Pusat Jantung Hospital Serdang telah ditubuhkan bertujuan mempercepatkan penerimaan rawatan oleh pesakit. Pusat Jantung ini juga dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan angiogram daripada 18 bulan kepada 9 bulan sahaja untuk kes-kes elektif yang stabil. Namun, kes kecemasan akan tetap diberikan rawatan serta merta.

Pusat Jantung ini dibina dengan ketinggian lapan (8)  tingkat yang menempatkan 262 buah katil serta satu blok tempat letak kereta sembilan (9) tingkat yang mempunyai kapasiti 536 petak parkir untuk kemudahan pengunjung hospital. Pusat Jantung ini telah memulakan operasinya pada 12 Disember 2022 secara berfasa dari segi pengisian perjawatan dan peralatan Dan bakal menjadikan perkhidmatan jantung di Hospital Serdang antara yang terbaik bukan sahaja dalam negara malah antara yang terbaik di Asia Tenggara.

Turut hadir ialah YB Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Amin Sah Bin Ahmad, Pengarah Hospital Serdang.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-05-15 00:28:32 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page