A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian CRM Trial Connect 2023 & Pelancaran Sambutan Hari Penyelidikan Klinikal 2023

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan hadir menyempurnakan Majlis Perasmian CRM Trial Connect 2023 dan Pelancaran Sambutan Hari Penyelidikan Klinikal 2023 di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

11 Mei 2023 - Program CRM Trial Connect 2023 dianjurkan untuk mempamerkan pencapaian dan keupayaan negara dalam penyelidikan klinikal, sementara sambutan Hari Penyelidikan Klinikal 2023 yang bertemakan 'Get Involved', tema yang sama seperti tahun lepas dan terus mengekalkan fokusnya untuk membangun Malaysia dalam penyelidikan klinikal global disamping memberi penghargaan kepada sukarelawan kajian, penyelidik, ahli pasukan penyelidikan, bahagian regulatori serta ahli industri yang telah membangunkan ekosistem penyelidikan klinikal di negara ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) telah menjalin kerjasama dengan Pusat Kanser Princess Margaret, salah satu hospital penyelidikan kanser terkemuka di dunia, untuk bekerjasama dalam bidang klinikal, akademik dan penyelidikan. Onkologi, termasuk kajian Hemato-onkologi, masih merupakan bidang terapeutik dalam skop percubaan klinikal global. Peluang pendidikan dan latihan, serta penyelidikan boleh diperluaskan dalam bidang ini serta mendorong lagi keupayaan memajukan penjagaan dan rawatan kanser.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf sumbangan penyelidikan klinikal serta lingkungan profesion, profesional, badan kerajaan dan swasta, pihak akademik, syarikat-syarikat, Jawatankuasa Etika, Organisasi Penyelidikan (CRO), pesakit dan sebagainya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyelidikan klinikal di Malaysia.

Sehubungan itu, bersempena dengan sambutan Hari Penyelidikan Klinikal, YB Dr Zaliha Mustafa turut menyampaikan sejumlah lapan Anugerah Penyelidikan Tajaan CRM. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf kejayaan yang luar biasa, usaha dan komitmen yang diberikan untuk memberikan kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal.

Penubuhan CRM sebagai pusat sehenti memudahkan penaja dan CRO serta usaha-usaha percubaan penyelidikan di negara ini. YB Dr Zaliha berbangga dengan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) kerana telah meluluskan percubaan klinikal Pertama dalam kalangan manusia di Malaysia pada awal April. Kajian itu sedang dijalankan di Hospital Umum Sarawak dan sekarang sedang diikuti oleh Hospital Ampang.

Turut hadir YB Prof Dato' Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi, Ketua Pengarah Kesihatan dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan Klinikal Malaysia.

 

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-05-30 12:11:34 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page