A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Pameran Bidan & Ramah Mesra Aidilfitri Di Dataran Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia

11 Mei 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Bidan & Ramah Mesra Aidilfitri di Dataran Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Majlis anjuran kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Bidan pada 5 Mei lalu yang bertemakan “Together Again: From Evidence to Reality.” Majlis ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meraikan dan menghargai usaha bidan dalam mengendalikan kesihatan ibu dan anak dengan menggunakan kaedah tradisional mahupun moden terutamanya pada awal kelahiran.

Pameran Bidan ini telah dibuka kepada orang awam bermula daripada 1 Mei sehingga 31 Julai 2023 di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia. Terdapat lima (5) segmen menarik yang boleh diteroka dan dipelajari oleh pengunjung melalui pameran tersebut iaitu:

1. Pengenalan
2. Bidan dalam Sosio Budaya Masyarakat Tradisi
3. Ilmu Perbidanan Tradisional
4. Pantang Larang
5. Bidan dan Jururawat: Jalinan Harmoni Ilmu Tradisi dengan Ilmu Moden

YB Timbalan Menteri Kesihatan di dalam ucapan beliau berhasrat agar sistem kesihatan negara dapat melatih lebih ramai lagi Bidan demi memastikan penjagaan ibu dan anak di negara ini lebih berkualiti.

Justeru, KKM berharap pameran ini dapat memberikan pendedahan dan membuka minda masyarakat mengenai kerjaya perbidanan dan meningkatkan lagi kefahaman dalam bidang tersebut.

Turut hadir YBrs. Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Bt Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Puan Devi a/p K Saravana Muthu, Pengarah Bahagian Kejururawatan, KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-30 12:20:02 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page