A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM Bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1444H/2023M

11 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM Bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1444H/2023M yang diadakan di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya.

Majlis ini telah dihadiri oleh 296 orang petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Perubatan) dan tiga (3) orang petugas Haji (Kebajikan) yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti Perubatan Penyakit Berjangkit, Kesihatan Awam, Farmasi dan Jururawat. Pada tahun ini, seramai 123 orang petugas yang sudah mempunyai pengalaman terlibat manakala 173 orang terdiri daripada petugas baharu.

Rombongan ini dijadualkan akan berangkat ke tanah suci pada 12 Mei 2023 (Jumaat) untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dalam membantu dan menjaga kesihatan para jemaah haji di tanah suci pada tahun ini.

YB Menteri kesihatan dalam ucapan beliau berharap agar semua petugas dapat menjalankan tugasan yang telah diamanahkan dengan sempurna dan cemerlang bagi memastikan jemaah-jemaah Haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna. KKM amat menghargai usaha dan pengorbanan petugas-petugas yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan Operasi Haji Tahun 1444H/2023M berjalan lancar.

Turut hadir, YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YB Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan YB Dato’ Sri Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-05-30 12:46:51 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page