A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Program Intermediate Electrocardiogram Conference 2023

13 Mei 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan program Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan

Turut hadir Dato' Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mahathar bin Abu Wahab, Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr. Razak bin Daud, Ketua Perkhidmatan Kecemasan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Persatuan Perubatan Kecemasan & Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (EMTRAK) dan Profesor Madya Dr. Shaik Farid bin Abdul Wahab, Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Universiti Sains Malaysia merangkap President for College of Emergency Physician Malaysia.

Program 4th Intermediate ECG Conference 2023 ini dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan kerjasama Unit Kardiologi Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia.

Dari tahun ke tahun, di dapati program ini semakin mendapat tempat dan menerima sambutan yang memberangsangkan dari peserta meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Seramai 240 perserta terdiri daripada pegawai perubatan dan anggota paramedik dari seluruh Malaysia menyertai program kali ini. Pelbagai topik menarik berkenaan Elektrokardiogram (ECG) dibentangkan oleh pakar-pakar perubatan yang berpengalaman yang dijemput khas.

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.

Kemahiran menganalisa ECG dengan tepat dan pantas begitu penting untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan ianya sebagai asas untuk mendiagnos penyakit serangan jantung.

Justeru, persidangan seumpama ini merupakan 'platform' yang baik bagi memperkukuh kemahiran interpretasi ECG, terutama bagi anggota kesihatan di sektor ‘primary health care services’. Ini termasuk mereka yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Kesihatan, di wad-wad general, CCUs, ICU, dan hospital/ klinik swasta.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember 2022 adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran. Rakyat Malaysia juga diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-05-30 13:48:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page