A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Seminar Kejururawatan Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia Tahun 2023

18 Mei 2023 - YBhg. Datuk Dr Mohammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Kejururawatan sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia Tahun 2023 yang bertemakan “Safety Is Our Priority” di Auditorium Kompleks E1, Putrajaya.

Seramai 360 jururawat dari seluruh negara telah menyertai seminar ini yang memfokuskan kepada peranan dan tanggungjawab jururawat dalam mencapai pelaksanaan Malaysian Patient Safety Goals (MPSG) 2.0 berpandukan kepada KPI yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada elemen keselamatan pesakit dalam penyampaian perkhidmatan kejururawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan telah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa jururawat perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang dan keselamatan pesakit menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan. Ini adalah penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kejururawatan sentiasa berkualiti tinggi bagi mencapai matlamat kesihatan yang baik di peringkat global.

Justeru, KKM berharap agar seminar ini dapat dijadikan platform kepada jururawat yang hadir dan di lapangan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menangani isu yang berkaitan dengan keselamatan pesakit.

Seminar ini juga menyediakan sesi perkongsian jururawat dari lapangan mengenai insiden fall, infection control dan medication error serta strategi penambahbaikan.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr Mohamed Iqbal bin Hamzah, Pengarah Amalan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan, KKM, YBrs. Puan Devi a/p K Saravana Muthu, Pengarah Kejururawatan, KKM dan Pengurusan Tertinggi Bahagian Kejururawatan KKM.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-06-01 18:27:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page