A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian ‘The 1st National O&G Ministry of Health Congress 2023’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

19 Mei 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan ‘The 1st National O&G Ministry of Health Congress 2023’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan kali pertama ini membawa tema “Proud to Serve the Nation”, dengan matlamat untuk menyatukan pendapat, menyebarkan maklumat dan berkongsi informasi terkini di dalam perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) demi membentuk kesihatan wanita yang bersepadu di Malaysia.

Berlangsung selama 3 hari bermula 19 hingga 21 Mei 2023, persidangan ini menghimpunkan seramai 300 orang pakar-pakar O&G dan pegawai perubatan serta kakitangan berkaitan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk PROGEN yang merupakan Persatuan yang baru ditubuhkan khusus buat kakitangan O&G yang berkhidmat di KKM.

KKM telah menjalankan pelbagai strategi dan inovasi untuk menambahbaik akses perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan O&G. Antaranya adalah pembangunan Hospital dan Kompleks Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak, konsep hospital kluster, Global Surgery Initiative dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran di hospital tanpa pakar.

Bagi memastikan wanita-wanita mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang setaraf, KKM berusaha untuk meletakkan pakar- pakar O&G di hospital-hospital tanpa pakar seperti Hospital Besut, Hospital Gua Musang dan Hospital Dungun.

Pewujudan “Buddy System” di dalam konsep kluster turut membolehkan pakar yang melawat memberikan perkhidmatan kepakaran sewajarnya kepada pesakit-pesakit di hospital tanpa pakar dan Klinik Kesihatan supaya perawatan dapat diberikan dengan kadar segera dan cekap.

Global Surgery Initiative bertujuan untuk merapatkan jurang dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan serta menyediakan akses kepada perkhidmatan pembedahan asas dan kritikal dalam keadaan yang selamat, berkesan dan tidak membebankan pesakit dan Kerajaan.

Setiap tahun, O&G adalah di antara perkhidmatan teratas bagi kemasukan ke hospital KKM. Data Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) KKM menunjukkan, kehamilan, kelahiran anak dan puerperium merupakan punca utama kemasukan ke hospital KKM bagi setiap tahun (2019 :20.94%, 2020 :22.14% ,2021: 19.63%).

Pada ketika ini, terdapat seramai 667 orang pakar O&G di fasiliti KKM di seluruh negara. KKM terus komited menghasilkan lebih banyak pakar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 1000 orang pakar O&G di fasiliti KKM menjelang 2030.

Turut hadir, YBrs. Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan, YBhg. Dato Dr Mohd Rushdan bin Md Noor dan YBrs. Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, Penasihat bersama “The 1st National O&G Ministry of Health Conference 2023” dan Dr Hasliena binti Awang Soh, Pengerusi Persatuan Obstetrik dan Ginekologi KKM (PROGEN).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-01 17:40:05 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page