A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Universiti Malaysia Terengganu

20 Mei 2023 - YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

Sambutan Hari Tibi disambut di seluruh dunia pada 24 Mac setiap tahun sempena memperingati sejarah penemuan Tubercule bacili oleh Dr. Robert Koch pada tahun 1882. Tujuan sambutan ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit yang telah dilakukan di seluruh negara.

Tema bagi sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 adalah “Yes! We Can End TB!”. Tema ini memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha dan strategi menamatkan epidemik Tibi menjelang tahun 2035 melalui penglibatan kepimpinan peringkat tinggi bagi meningkatkan pelaburan dan bersama-sama menggembleng seluruh usaha, tenaga, kepakaran dan inovasi.

Pada tahun 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat 10.6 juta kes Tibi di seluruh dunia dan 1.6 juta kematian. Di Malaysia, jumlah kes yang dilaporkan pada tahun 2022 adalah 25,391 kes (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) dengan peningkatan sebanyak 3,664 kes (17%) berbanding 21,727 kes (kadar notifikasi 63.5 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2021.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar insiden Tibi bagi Malaysia adalah 97 setiap 100 ribu penduduk (30,000 kes setahun). Namun demikian, kadar insiden yang dilaporkan di negara ini masih rendah berbanding anggaran WHO tersebut. Sehubungan itu, usaha bagi saringan awal penyakit Tibi melibatkan individu yang mempunyai risiko tinggi seperti kontak kepada kes Tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmori kronik, perokok aktif dan penghuni institusi tahanan perlu dipertingkatkan.Pengesanan awal dan rawatan bagi penyakit Tibi adalah penting bagi kesembuhan dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.

Tanda dan gejala penyakit Tibi adalah batuk yang berpanjangan iaitu melebihi dua (2) minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Individu yang mempunyai simptom diminta menjalani pemeriksaan awal di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

Rawatan bagi penyakit Tibi adalah kombinasi empat jenis antibiotik dan perlu diambil secara berterusan selama enam bulan. KKM menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang telah ditetapkan. Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.

Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg. Dato' Dr Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan YBrs. Dr Arnie binti Abdul Rahim, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Terengganu.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-06-01 17:45:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page