A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu

20 Mei 2023- YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan melawat Klinik Kesihatan Bukit Tunggal di Kuala Nerus, Terengganu.

Klinik Kesihatan Bukit Tunggal telah dibina di tanah keluasan 3 ekar pada tahun 1963 dan telah naik taraf pada tahun 1983 dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 54,000 penduduk sekitarnya. Pada ketika ini, Klinik Kesihatan ini mempunyai seramai 103 kakitangan.

Antara perkhidmatan utama yang diberikan di Klinik Kesihatan ini adalah Perkhidmatan Pesakit Luar dan Kecemasan, Perkhidmatan Ibu dan anak, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Makmal, Perkhidmatan Pemakanan dan Perkhidmatan Rehabilitasi.

YB Tuan Lukanisman telah dibawa melawat dan meninjau sekitar Klinik Kesihatan ini oleh Dr Effah Leiylena binti Yaacob, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

YB Timbalan Menteri Kesihatan telah mengambil maklum tentang beberapa isu berbangkit seperti ruang menunggu dan bilik rawatan yang sempit serta cadangan menaik taraf klinik di tapak sedia ada bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan terbaik diberikan kepada penduduk sekitarnya. Kementerian Kesihatan sentiasa memantau keperluan-keperluan fasiliti kesihatan seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam terus terjamin.

YB Tuan Lukanisman juga meluangkan masa untuk menyantuni pesakit dan kakitangan di Klinik Kesihatan ini.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

image image

Kemaskini pada 2023-06-01 19:36:23 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page