A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Perasmian Bot Ambulans Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di Jeti Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu

 

20 Mei 2023 - YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bot Ambulans Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian di Jeti Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.

Sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukan untuk pembelian dua biji bot ambulans bagi kegunaan Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian bagi menggantikan kedua-dua bot yang telah uzur dan bersaiz kecil. Bot Ambulans baru ini lebih besar dan boleh memuatkan 12 orang penumpang dan sesuai untuk digunakan semasa musim tengkujuh.

Sekiranya dalam situasi ketiadaan Bot Ambulans, koordinasi rujukan kes dikendalikan melalui Medical Emergency Coordinating Centre (MECC). Antara agensi yang turut terlibat dalam rujukan kes di pulau adalah Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Perkhidmatan ambulans merupakan salah satu daripada perkhidmatan utama di Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dalam pengendalian kes-kes kecemasan dan kemalangan. Kedua-dua fasiliti Klinik Kesihatan ini beroperasi di kawasan perairan Terengganu dengan menjalankan perkhidmatan kecemasan termasuk operasi pemindahan pesakit sama ada masyarakat tempatan di pulau-pulau tersebut mahupun pelancong asing yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital berhampiran.

KKM komited dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan dan kualiti penjagaan kesihatan terbaik dapat diberikan secara optima kepada semua masyarakat menerusi kerja-kerja menaiktaraf dan penggantian fasiliti dan prasarana yang uzur dan lama.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr Hjh Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-06-01 19:41:51 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page