A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Klinik Desa Bukit Guntong, di Kuala Nerus, Terengganu

 

20 Mei 2023 - YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Klinik Desa Bukit Guntong, di Kuala Nerus, Terengganu.

Penyerahan kunci Klinik Desa Bukit Guntong telah dilaksanakan oleh YBrs. Ir. Dr Hasli bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Kerja Raya kepada YBhg. Dato’ Dr Kasemani binti Embong, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Klinik Desa Bukit Guntong telah dibina di tanah berkeluasan 2.6 ekar pada tahun 1967. Klinik Desa Bukit Guntong ini telah memberikan perkhidmatan kepada 8620 penduduk di 18 kampung di Mukim Tepoh, Kuala Nerus. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak yang merangkumi penjagaan antenatal dan postnatal, kesihatan kanak-kanak, program imunisasi, perancang keluarga dan lawatan ke rumah.

Fungsi klinik desa telah diperluaskan dengan pertambahan perkhidmatan merangkumi unit pesakit luar (saringan kesihatan) dan kawalan penyakit berjangkit (pemberian ubat Tibi) untuk pesakit aktif Tibi. Oleh itu, atas dasar pertambahan skop perkhidmatan di klinik tersebut, Klinik Desa Bukit Guntong telah dinaiktaraf.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-01 19:46:07 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page