A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Hospital Melaka

 

30 Mei 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Melaka.

Hospital Melaka telah mula beroperasi selama 89 tahun sejak 1934. Hospital Melaka merupakan pusat rujukan utama sekitar Melaka, Muar, Tampin, Tangkak dan Segamat.

Kini, secara purata, bilangan kedatangan pesakit luar setiap hari adalah sebanyak 1268 orang.

Lawatan kerja bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Dr. Zaharimah Bt Abdul Kadir, Pengarah Hospital Melaka.

Kemudiannya, YB Lukanisman telah melawat wad Hemodialisis, Jabatan Kecemasan dan juga projek bangunan tambahan serta pelaksanaan projek naik taraf sekitar Hospital Melaka.

YB Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit yang datang dan juga meyantuni warga kerja hospital Melaka. YB Lukanisman amat menitikberat penyampaian kesihatan kepada rakyat tempatan di samping penjagaan kebajikan warga kerja Kesihatan sendiri.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita binti Mustaffa, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Tan Ee Hong, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan Puan Dorothy Dayang Henry Sum, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 21:38:00 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page