A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Perasmian Persidangan Dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2023

30 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2023 anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tahun ini, Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2023 serta persidangan yang berlangsung dari 30 Mei sehingga 1 Jun 2023 ini bertemakan "Dinamik Baru Dalam Penyampaian Penjagaan Kesihatan".

Di samping itu, persidangan yang berlangsung ini juga diadakan untuk memberi platform kepada penjagaan kesihatan profesional, pakar industri dan pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk membincangkan trend terkini, kemajuan dan cabaran dalam industri penjagaan kesihatan.

Acara yang berlangsung selama tiga (3) hari ini juga akan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti, model perniagaan baru dalam penyampaian penjagaan kesihatan, persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) serta penyediaan hospital konsep yang berpusatkan pesakit. Persidangan ini juga akan memberi peluang kepada ahli panel yang terpilih untuk berkongsi pendapat serta idea dari seluruh pelosok dunia.

Tahun ini, lebih daripada 134 syarikat pameran akan mengambil bahagian dan lebih daripada 210 jenis pameran yang mewakili produk dan perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan terkini akan dipamerkan dalam acara ini. Antara negara yang terlibat adalah Austria, Belgium, Brazil, China, Kanada, Czech, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, India, Jepun, Malaysia, Belanda, Poland, Sweden, Singapura, Sepanyol, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Turki, UK, Amerika Syarikat dan banyak lagi

Pameran ini juga mempamerkan beberapa peralatan perubatan terkini, alat perubatan pakai buang, fisioterapi dan pemulihan, program pendidikan penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 22:51:29 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page