A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelepasan Nyamuk Wolbachia Di Taman Bemban Jaya Jasin, Melaka

30 Mei 2023 - YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Nyamuk Wolbachia di Taman Bemban Jaya Jasin, Melaka.

Pelepasan nyamuk Wolbachia ini merupakan salah satu inisiatif utama dalam merencatkan penyebaran virus denggi sekaligus mengurangkan kes demam denggi dalam kalangan masyarakat.

Projek di lokasi pertama negeri Melaka ini telah bermula pada Mac 2022 yang lalu di mana pelepasan telur nyamuk Aedes berWolbachia dilaksanakan dan kini projek berada dalam fasa pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dewasa untuk menjadi pemangkin (booster) supaya mendominasi di Taman Bemban Jaya Jasin ini.

Pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dewasa ini akan dijalankan setiap minggu dengan bilangan 10,000 ekor sekali pelepasan selama lapan (8) minggu berturut-turut.

Sejak projek ini dilaksanakan pada Mac tahun lepas. Tiada kes demam denggi dilaporkan di kawasan ini. Dengan kejayaan projek ini, lokaliti kedua bagi Negeri Melaka akan dipilih bagi memperluaskan lagi inisiatif pengawalan demam denggi.

KKM menyeru agar orang ramai sentiasa menjaga kebersihan persekitaran perumahan dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dalam usaha membanteras jangkitan demam denggi di negara ini.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita binti Mustaffa, Timbalan Pengarah Negeri (Kesihatan Awam) dan Tuan Rahizi bin Ranum, Pegawai Daerah Jasin.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-06-12 22:09:00 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page